• btpntrg

  • ppdkemaman

  • AlegoHeaderImages_22

  • krismas

  • wish2018
  • Portal BTPN Terengganu
  • Portal Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman
  • Portal Aduan Pelanggan PKG Cheneh Baru

Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Terengganu

Written by admin. Posted in NILAM

akm1m2017

Pada 04 April 2017(Selasa), Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di SMK Padang Kemunting Kuala Nerus. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Dipertua Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) YB Dato’ Haji Mohd Zubir bin Embong. Majlis pada hari ini diadakan serentak seluruh Negara sama ada di peringkat negeri dan juga peringkat sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah wakil pengarah JPNT, wakil Ketua Sektor Akademik, wakil PPD Kuala Nerus, PPD Kuala Nerus (Votek), Ketua Penolong Pengarah BTPNT, Hj Alias bin Talib, Universiti Awam (UniSZA, UMT, UiTM, PPAT, IPGMKDRI, POLIKTEKNIK), Agensi Luar (RTM, ILP, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu), Waris-waris Misbaha, Pengetua dan Guru Besar, Guru Perpustakaan Media dan Pengawas Pusat Sumber Daerah Kuala Nerus. Majlis diserikan lagi dengan persembahan istimewa dari SMK Ketengah Jaya berkolaboratif dengan SK Kompleks Gong Badak. Pelancaran Buku MISBAHA terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawagan Terengganu  bersama UMT disempurnakan oleh Yang Dipertua Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) YB Dato’ Haji Mohd Zubir bin Embong.

Penilaian Anugerah NILAM Peringkat Sekolah

Written by admin. Posted in NILAM

penilaian-nilam-150x150

Pada 21 dan 22 November 2016, Penilaian Anugerah NILAM Peringkat Sekolah di seluruh negeri Terengganu telah dijalankan. Penilaian ini merangkumi 3 aspek utama  iaitu Ujian Penulisan,Temuduga Individu, dan Temuduga Berkumpulan. Soalan-soalan telah diseragamkan oleh pihak BTPN Terengganu berdasarkan format kebangsaan. Diharap penilaian Anugerah NILAM Peringkat Sekolah 2016 dapat melahirkan calon-calon Anugerah NILAM yang tepat dan berketrampilan  yang bakal mewakili  Negeri Terengganu dalam Anugerah NILAM 2017

Anugerah Pembestarian Sekolah KPM 2016

Written by admin. Posted in Pembestarian

bestari2016Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 16 November 2016(Rabu)di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bukit Kiara, Kuala Lumpur. BTPN Terengganu telah merangkul beberapa anugerah dalam majlis ini.