• btpntrg

  • ppdkemaman

  • AlegoHeaderImages_22

  • krismas

  • wish2018
  • Portal BTPN Terengganu
  • Portal Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman
  • Portal Aduan Pelanggan PKG Cheneh Baru

Majlis Persada Inovasi KIK Peringkat BTP KPM

Written by admin. Posted in Pembestarian

akik2017

Pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) BTPN Terengganu telah menyertai Majlis Persada Inovasi KIK Peringkat Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 yang diadakan di BTPN Pahang pada 6– 8 Ogos 2017 (Ahad-Selasa) .Dalam pertandingan itu ,BTPN Terengganu (Kumpulan MY ISO) telah menjuarai Kategori Pengurusan.Tahniah kepada pasukan KIK BTPN Terengganu.

Mesyuarat dan Taklimat VLE Daerah Kemaman

Written by admin. Posted in Pembestarian

9 Julai2017 – Satu mesyuarat dan taklimat Gerak Gempur VLE Peringkat Daerah Kemaman telah diadakan untuk memastikan penggunaan VLE dapat diperkasakan diperingkat sekolah. Taklimat ini dipengerusikan sendiri oleh Tuan PPD Kemaman, En. Idris bin Bidin. Beliau amat berharap agar semua sekolah dapat membudayakan penggunaan VLE dalam PdPc.

IMG_20170709_144627

Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM Negeri Terengganu 2017

Written by admin. Posted in Uncategorized

abengkelnilamforbudak2017

BTPN Terengganu telah mengadakan Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM Negeri Terengganu 2017 pada 11 – 13 April 2017 di    BTPN Terengganu.Bengkel yang diurusetiakan oleh UPSP BTPN Terengganu,diketuai oleh  Penolong Pengarah Tn Hj Akram @ Amir bin Abdul Majid ini bertujuan sebagai persediaan calon – calon yang akan mewakili negeri Terengganu ke Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 24 – 28 April 2017 di Selangor anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.Seramai 4 orang pelajar yang akan mewakili Terengganu telah didedahkan dengan pelbagai perkongsian oleh fasilitator yang terlatih. Majlis Penyerahan Bendera kepada kontinjen NILAM negeri Terengganu turut diadakan .Ia dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu,Tn.Hj.Matsor Ismail beserta Ketua Hakim,guru pengiring dan Jurulatih Utama NILAM negeri.