Piagam Pelanggan

Kami anggota Pusat Kegiatan Guru Cheneh Baru berikrar dengan penuh iltizam menumpukan tenaga dan usaha untuk memenuhi hasrat berikut:

  • Memberikan perkhidmatan yang sempurna, kemas kini, cekap, bersih dan amanah sepanjang menjalankan tugas.
  • Menyebar dan memperkembangkan program pendidikan berasaskan media dan teknologi dengan cepat dan penuh kesungguhan.
  • Bersedia memberikan khidmat bantu dan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan apabila diperlukan oleh komuniti.
  • Mengedar sebarang maklumat dan bahan-bahan berkaitan dengan teknologi pendidikan dan media dalam tempoh dua minggu selepas penerimaan.