Fungsi PKG, Motto, Visi dan Misi

  • Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan;
  • Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT;
  • Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan pembestarian sekolah;
  • Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media;
  • Merancang, penyelaras, menilai dan memantau pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah dan program literasi maklumat;
  • Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elekronik dan media cetak;
  • Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah;
  • Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.

Motto

TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI

Visi

Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi

Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Tarikh Akhir Dikemaskini : Jan 1, 2018 @ 03:15