• btpntrg

  • ppdkemaman

  • AlegoHeaderImages_22

  • krismas

  • wish2018
  • Portal BTPN Terengganu
  • Portal Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman
  • Portal Aduan Pelanggan PKG Cheneh Baru

Written by admin. Posted in Pembestarian

aumtastroawani Pada 28 Januari 2018 telah berlangsungnya Bengkel Kemahiran Berkomunikasi Abad Ke 21 Dan Pelancaran Awani Junior Peringkat Negeri Terengganu .Ucap utama disampaikan oleh Tn Haji Abu Hassan bin Ghazali Pemangku Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah ,UMT. Hadir sama dalam majlis ini adalah Hj Alias bin Talib,Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu.Program tersebut melibatkan 130 orang peserta yang terdiri daripada 48 buah sekolah dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi bin Sulaiman,CEO & Editor-in-Chief, Astro Awani. Slot perkongsian Kewartawanan Dan Dunia Penyiaran Masa Kini telah disampaikan oleh Yang Mulia Raja Hisham bin Raja Zaid Penerbit AWANI JR.

MESYUARAT PENGURUSAN BTPN-PKG

Written by admin. Posted in Pembestarian

amtgbtpnpkg10jan2018

Mesyuarat Pengurusan BTPN-PKG Bil. 4/2017 telah diadakan pada 10 Januari 2018 (Rabu)di BTPN Terengganu.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu telah melibatkan hampir ke semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Terengganu.Mesyuarat diurusetiakan oleh Unit Pengurusan Strategik (UPS) yang diketuai oleh Penolong Pengarah,En.Nize Muhammad. Mesyuarat awal tahun ini berfokuskan kepada pengurusan Pusat Kegiatan Guru,pelaksanaan inisiatif ICT sekolah ahli PKG,isu semasa dan lain – lain . Sesi perkongsian maklumat dari unit-unit turut diadakan.